PROMOSI OKTOBERSlot pemasangan Oktober terhad — tempah survey percuma sekarang.00:00:00:00Tempah Slot →

Cara Penyelenggaraan Autogate — 5 Tips Supaya Tahan Lama

2 min baca
Cara Penyelenggaraan Autogate — 5 Tips Supaya Tahan Lama

5 Tips Penyelenggaraan Autogate Supaya Tahan 10+ Tahun

Autogate yang dijaga dengan baik boleh tahan sehingga 10-15 tahun tanpa masalah besar. Tapi kalau diabaikan, 3-5 tahun dah mula bermasalah. Jom ikut 5 tips penyelenggaraan mudah ini.

Servis penyelenggaraan motor autogate

1. Pelinciran Berkala (Setiap 3 Bulan)

Engsel pagar, arm motor, dan gear rack perlu pelinciran berkala. Guna minyak pelincir WD-40 atau grease pada:

  • Engsel pagar (semua titik engsel)
  • Sambungan arm motor ke pagar
  • Gear rack dan roda (untuk sliding gate)
  • Track sliding gate

2. Bersihkan Sensor & Track (Setiap Bulan)

Sensor autogate mudah kotor dengan habuk dan air hujan. Sensor kotor boleh menyebabkan autogate buka/tutup sendiri. Lap sensor dengan kain lembap setiap bulan.

Untuk sliding gate, bersihkan track dari sampah, daun, batu, dan kotoran. Track kotor menyebabkan motor bekerja lebih keras dan haus lebih cepat.

3. Cek Bateri Remote (Setiap 6 Bulan)

Bateri remote biasanya tahan 1-2 tahun, tapi baik cek setiap 6 bulan. Tanda bateri lemah:

  • Jarak kawalan remote semakin pendek
  • Perlu tekan beberapa kali baru berfungsi
  • Lampu remote malap

Tukar bateri CR2032 atau 23A — boleh beli di mana-mana kedai elektrik.

4. Periksa Pendawaian (Setiap 6 Bulan)

Cek visual pada kabel dan pendawaian yang kelihatan:

  • Kabel terdedah atau rosak? Bahaya!
  • Sambungan longgar?
  • Serangga membuat sarang dalam control box?

Jangan sentuh kabel dalam kalau tak pasti — call juruteknik.

5. Servis Profesional (Setahun Sekali)

Walaupun anda rajin maintain sendiri, servis profesional setahun sekali tetap penting. Juruteknik akan:

  • Cek keadaan motor secara mendalam
  • Uji semua fungsi keselamatan
  • Laraskan alignment arm/track
  • Cek voltage dan arus
  • Ganti komponen yang haus

Untuk maklumat lanjut, lihat panduan harga pasang autogate, semak kawasan liputan pemasangan kami, atau baca Autogate Untuk Kilang & Premis Komersial — Panduan Lengkap.

Kos Penyelenggaraan

Item Kos
Minyak pelincir WD-40 RM15-25
Bateri remote RM5-10
Servis profesional RM100-200

Jumlah setahun: kurang dari RM300. Jauh lebih murah dari kos repair motor rosak (RM500-2,000).

Nak booking servis penyelenggaraan? WhatsApp kami — RM120 je untuk full service!

WhatsApp Kami Sekarang